Wednesday, 10 October 2012

Rumah Bawal

edisi pertama....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Bila difikir dan direnung kembali ku rasa cukup bertuah kerna Allah telah mengurniakan aku akan sahabat-sahabat yang OSEM untukku yang sekaligus banyak membantu diriku dekat sama Allah s.w.t. Di kota raya yang penuh dugaan dan cubaan ini aku tinggal disebuah rumah sewa yang disewa bersama-sama sahabat ku yang lain seramai 10 orang. Walaupun agak jauh dengan tempat pengajian tetapi ku redha kerna sewanya agak murah juga jika compare dengan rumah sewa berdekatan tempat pengajian. Perjalanan ke tempat pengajian mengambil masa dalam 10 minit. Ok..back to the main point iaitu ceritera sahabat2 ku. Dalam rumah ku ada 10 orang termasuk aku yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Kadang2 tu pelik jugak bila difikirkan kerna kami semua tidak sama kelas..tidak sama kos..tidak juga sama fakulti..tidak juga sama umur dan datangnya dari negeri berbeza..pelik kan??..camne kami boleh bersama satu rumah ek?..tapi xpe tu semua kuasa Allah..Allah telah takdirkan kami unutk tinggal sebumbung. Dalam rumah ada seorang sahabat yang kami anggap ketua kerna umurnya lebih dewasa dari kami..pemikiranya juga lebih matang tapi saiznya kecik aje..hihihi..saiz tidak penting..yang penting adalah kami hormat sahabat2 yang lebih dewasa dari kami. Hormat sepertimana abang adik. Sahabat yang kedua pula orangnya chubby comey..hehehe..biasanya setiap hari minggu kalau tiada event dia selalu aje balik rumah maklumlah rumahnya dekat..dia boleh kami jadikan sebagai icon study kerna selalu aje study bilamana ada ruang masa..pergi kemana-mana selalu aje bawa begnya yang besar dibelakang tidak pernah pula kulihat begnya mengecil. Sahabat yang ketiga orangnya segak, berkaca mata, suara sedap..hmm..cukup pakej la orang kata..hoho..seorang yang tegas tapi peramah (darah jawa katanya). Dia nih kalau bawa motor fuhhh dop ingat orang belakang dohh..orang belakang ni gak kecik palo2..hahaha..sahabat yang keempat orangnya halus lembut selalu aje senyum.. setakat ini tidak pernah lagi kulihat dirinya marah2..sentiasa dalam keadaan segak bergaya..yang kelima boleh dikatakan dia nih hantu buku..sangat2 gila akan buku tambah2 lagi buku2 agama, haraki dan karya Dr Yusof Al-Qardhawi. Pergi kemana2 pun selalu je bawa buku..ada je masa luang mesti dia membelek buku yang dibawa..pernah dia pesan kepada ku agar bawa je buku kemana2 kita pergi, baca ke tidak itu perkara yang ke dua..yang keenam orangnya luas pemikiran..selalu melontarkan idea2 bernas dan terkehadapan yang membuatkan kami terbuka minda untuk memikirkanya kadang2 kata2nya membuat kami sedar akan kesilapan kesalahan kami..yang ketujuh orangnya sentiasa aje tenang..tidak kira ada masalah atau tidak air mukanya selalu aje cool..membuatkan orang disekeliling pun turut sama cool.. yang kelapan seorang yang kadang2 tu pendiam tapi orangnya rajin..rajin mengemas rumah dalam diam2..suka kemas bahagian orang lain tidak suka kemas..hoho.. dan yang kesembilan orangnya kecik molek segak juga..dia nih ceti rumah..tiap bulan kutip sewa rumah, kutip duit makan dan sebagainya kait ng duit lam rumah..dia nih ringan membantu takkala sahabat memerlukan bantuan..inilah serba sedikt cerita perihal sahabat rumah ku..oppsss lupa ada dua orang lagi..diorang nih bukan housemate tapi selalu mai rumah kami..suka mai ziarah rumah..tidur..makan.mandi..hihhi..yang seorang tu tokey aiskrim..walaupun nama tokey tapi orannya yilek je tidak pula menunjuk2..seorang lagi pendiam tapi berisi..diam2 ubi berisi..dia nih penting bagi kami..tanpa dia tidak ada tempat tuk kami ajukan masalah..hanya dia aje yang dapat menyetelkan..hohoho..

TERIMA KASEH YA ALLAH atas kurnian sahabat kepada ku…………………….=) 






No comments:

Post a Comment