Monday, 15 October 2012

Bermula Tazkirah dBawal

edisi 2

        Alhamdulillah..satu lagi anugerah yang Allah takdirkan untuk kami dirumah bawal ini..diawal semester pengajian ini ku diamanahkan untuk membuat jadual tazkirah..tazkirah akan disampaikan oleh penghuni2 rumah bawal selepas selesai solat subuh berjemaah..setiap penghuni rumah akan menyampaikan tazkirah dan tidak akan ada pun yang akan terlepas..hihihi..ini adalah satu wadah yang terbaikk untuk kami..disamping dapat santapan rohani..kami juga dapat belajar cara2 menyampaikan tazkirah..tidak kisah tajuk apa yang hendak disampaikan janji ada penyampaian..kepada teman2 dirumah..kalian telah diberi amanah dan taklifan..jd..jom..ayuh..let's do it together..is not too late to learn..nabi kata 'kalau esok kiamat jika ada benih ditangan..tanam benih tu"...akan ku update setiap tazkirah subuh..itu pun jika diizinkn Allah dan diberi kelapangan..

terima kaseh Allah...=)




Wednesday, 10 October 2012

Rumah Bawal

edisi pertama....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Bila difikir dan direnung kembali ku rasa cukup bertuah kerna Allah telah mengurniakan aku akan sahabat-sahabat yang OSEM untukku yang sekaligus banyak membantu diriku dekat sama Allah s.w.t. Di kota raya yang penuh dugaan dan cubaan ini aku tinggal disebuah rumah sewa yang disewa bersama-sama sahabat ku yang lain seramai 10 orang. Walaupun agak jauh dengan tempat pengajian tetapi ku redha kerna sewanya agak murah juga jika compare dengan rumah sewa berdekatan tempat pengajian. Perjalanan ke tempat pengajian mengambil masa dalam 10 minit. Ok..back to the main point iaitu ceritera sahabat2 ku. Dalam rumah ku ada 10 orang termasuk aku yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Kadang2 tu pelik jugak bila difikirkan kerna kami semua tidak sama kelas..tidak sama kos..tidak juga sama fakulti..tidak juga sama umur dan datangnya dari negeri berbeza..pelik kan??..camne kami boleh bersama satu rumah ek?..tapi xpe tu semua kuasa Allah..Allah telah takdirkan kami unutk tinggal sebumbung. Dalam rumah ada seorang sahabat yang kami anggap ketua kerna umurnya lebih dewasa dari kami..pemikiranya juga lebih matang tapi saiznya kecik aje..hihihi..saiz tidak penting..yang penting adalah kami hormat sahabat2 yang lebih dewasa dari kami. Hormat sepertimana abang adik. Sahabat yang kedua pula orangnya chubby comey..hehehe..biasanya setiap hari minggu kalau tiada event dia selalu aje balik rumah maklumlah rumahnya dekat..dia boleh kami jadikan sebagai icon study kerna selalu aje study bilamana ada ruang masa..pergi kemana-mana selalu aje bawa begnya yang besar dibelakang tidak pernah pula kulihat begnya mengecil. Sahabat yang ketiga orangnya segak, berkaca mata, suara sedap..hmm..cukup pakej la orang kata..hoho..seorang yang tegas tapi peramah (darah jawa katanya). Dia nih kalau bawa motor fuhhh dop ingat orang belakang dohh..orang belakang ni gak kecik palo2..hahaha..sahabat yang keempat orangnya halus lembut selalu aje senyum.. setakat ini tidak pernah lagi kulihat dirinya marah2..sentiasa dalam keadaan segak bergaya..yang kelima boleh dikatakan dia nih hantu buku..sangat2 gila akan buku tambah2 lagi buku2 agama, haraki dan karya Dr Yusof Al-Qardhawi. Pergi kemana2 pun selalu je bawa buku..ada je masa luang mesti dia membelek buku yang dibawa..pernah dia pesan kepada ku agar bawa je buku kemana2 kita pergi, baca ke tidak itu perkara yang ke dua..yang keenam orangnya luas pemikiran..selalu melontarkan idea2 bernas dan terkehadapan yang membuatkan kami terbuka minda untuk memikirkanya kadang2 kata2nya membuat kami sedar akan kesilapan kesalahan kami..yang ketujuh orangnya sentiasa aje tenang..tidak kira ada masalah atau tidak air mukanya selalu aje cool..membuatkan orang disekeliling pun turut sama cool.. yang kelapan seorang yang kadang2 tu pendiam tapi orangnya rajin..rajin mengemas rumah dalam diam2..suka kemas bahagian orang lain tidak suka kemas..hoho.. dan yang kesembilan orangnya kecik molek segak juga..dia nih ceti rumah..tiap bulan kutip sewa rumah, kutip duit makan dan sebagainya kait ng duit lam rumah..dia nih ringan membantu takkala sahabat memerlukan bantuan..inilah serba sedikt cerita perihal sahabat rumah ku..oppsss lupa ada dua orang lagi..diorang nih bukan housemate tapi selalu mai rumah kami..suka mai ziarah rumah..tidur..makan.mandi..hihhi..yang seorang tu tokey aiskrim..walaupun nama tokey tapi orannya yilek je tidak pula menunjuk2..seorang lagi pendiam tapi berisi..diam2 ubi berisi..dia nih penting bagi kami..tanpa dia tidak ada tempat tuk kami ajukan masalah..hanya dia aje yang dapat menyetelkan..hohoho..

TERIMA KASEH YA ALLAH atas kurnian sahabat kepada ku…………………….=) 






Tuesday, 9 October 2012

Cubaan Pertama



cubaan pertama dengan menggunakan nikon d5100 plus edit using cs5..terus jatuh hati sama d5100..ingin saja ku menjadi pemiliknya yang setia..tapi..apakan daya belum tiba masanya lagi...insyAllah coming soon..

Wednesday, 12 October 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENERIMA tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof

Friday, 16 September 2011

Doa Hari Ini

Ya Allah
pada hari y penuh keberkatan ini
kami menadah tangan sambil melafazkan kesyukuran pdMu 
atas segala nikmat,rahmat,inayat dan pertolonganMu

Ya Allah
perbaikilah urusan dunia dan agama kami
bersih dan sucikanlah pekerjaan kami
berilah cahaya petunjukMu kpd hamba2 Mu d dunia ini
berlah kami ilham untuk mendapat jalan Mu yg lurus
peliharalah kami dr segala kejahatan dan keburukan

Ya Allah Ya Rahman
kami mohon kpd egkau Ya Allah
engkau limpahkanlah kami dgn keberkatan 
engkau satuknlah hati2 kami dlm kasih sayang Mu
engkau kuatknlah hati2 kami dlm menebarkan islam
engkau luruskan hati kami dlm menegakkn agama MU

Ya Allah sesungguhnya kami hamba yg lemah bermohon kpdMu...


amin ya robbal'alaminnn...

Wednesday, 10 August 2011

Lelaki + Perempuan

Sesudah sahur tangan ku tergerak tuk cuba membuka laman sesawang yg menjadi kegilaan majoriti remaja zaman sekarang iaitu FB..sedang ku enak membalas komen ku terbaca satu soalan ''nape Tuhan ciptakn laki yg soleh brtemu jdoh dgn pompuan yg solehah..??..nape sy slalu knl nga laki yg xleh nk didik sy'' (ringkasan soalan)..
     setelah d tenung soalannya..jawapannya telah sedia ad lam surah an-nur 26..
"perempuan yg keji tuk laki2 yg keji, dn laki2 yg keji tuk perempuan yg keji, sdgkn perempuan yg baik tuk    laki2 yg baik, dn laki2 yg baik tuk perempuan yg baik.mereka itu bersih dr apa yg dtuduhkn org.mereka mperoleh ampunan dn rezki yg mulia(surga)"


     
straight 2 da point..tuk mendapat lelaki/perempuan yg luar biasa o baik..kite yg sepatutnya terlebih dahulu menjadi luar biasa baik..i'Allah jika kite baik..akn dtg jodoh yg terbaik buat kita..tu janji Allah..

jadi sentiasalah kita bermuhasabah diri, sentiasalah kita memperbaiki diri dan amalan.
I'allah, ALLAH memperkenankan doa untuk bertemu yang lebih baik dari diri kita sendiri, dan juga jangan lupa berusaha untuk mendapat jodoh yang baik disisi ALLAH dgn mgubah diri kite kearah yg terbaik t'lebih dahulu..=)




Monday, 1 August 2011

Zina Hati???

Minggu lepas ku d hadiri satu persoalan mengenai hati..bertanya lah dia kpd ku "benar2 kea,ade ker zina hati nim?"..
           
     Secara mudahnya zina hati nih t'jadi apabila hati kita menginginkn sesuatu yg haram bg kita secara berlebih-lebihan...contoh keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.....buleh paham???..Rasulullah bersabda: "mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia".....(HR Bukhari)

jom sama2 kite check dan koreksi hati kite..=)