Friday, 27 May 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dimulakan dengan lafaz Basmallah..
Pertama-tamanya ku tujukan rasa syukur ku ini ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat jua ku mengenali dan mengerjakan laman blog ini..Blog ini ku beri nama Kaseh Ilahi kerana bagi ku segala yang kita miliki segala nikmat yang kita rasai sekarang ini semuanya adalah milik Allah dan dengan rasa kaseh sayang Allah terhadap hambanya inilah dapat kita mengecapi nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Nya..Blog ini ku anggap sebagai hadiah daripada teman ku..kerna dialah punca ku mengenali ape itu blog..kerna dialah ku mula belajar perihal blog..dan dialah yang menolong ku membikin ini blog..Bagi ku pada mulanya ku fikir laman blog ini sesuatu yang tidak bermanfaat tidak molek dan hanya membuang masa tetapi setelah banyak ku melihat akan kuasa blog ku mula berubah fikiran dan mula melangkah untuk berkenalan dengan blog..Niat ku hanya satu..ku ingin jadikan laman blog ini sebagai wadah untuk kita berkongsi dan bercerita mengenai agama yang teragung iaitu ISLAM..ku berharap dengan lahirnya Kaseh Ilahi ini keindahan kecantikan islam akan lebih mudah tersebar..insyaAllah..

ya Allah dengan izinMu ya Allah..
kau permudahkanlah segala urusan ku ya Allah..